Kisah
Cinta Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha
Kisah
Nabi Yussuf.a.s yang sangat tampan dan Siti Zulaikha ,ibu angkatnya,yang amat
mencintai Rasul ALLAH adalah kisah cinta versi Islam yang sangat terkenal.Siti
Zulaikha sanggup menabur fitnah kerana cintanya di tolak oleh Nabi Yusof
a.s..Sesudah Nabi Yusuf menjadi belia,maka ketampanan wajahnya terserlah.Makin
hari,hati Siti Zulaikha tidak tenang.Dirinya sentiasa terfikirkan wajah tampan
anak angkatnya itu.Akhirnya kerinduan pada cinta itu membuatkan Siti Zulaikha
merencanakan suatu akal.Dia mula memakai pakaian yang mengoda bersama wangian
yang semerbak harumnya melangkah ke kamar Nabi Yusuf.a.s. dan menodai Nabi
Alllah,yusuf..
Tiba-tiba
Zulaiha masuk ke dalam, mendekatinya dengan ramah, dan memegang tangannya
sambil menutup pintu kamar. Zulaiha merasakan kegelisahan, ketakutan, dan tak
boleh menjawab pandangan kedua mata Yusuf. Ia lalu berpaling ke arah Yusuf,
sedangkan Yusuf selalu berusaha menjauh darinya. Isteri al-Aziz kemudian
berkata, “Apakah maksud semua ini, hai, Yusuf? Janganlah engkau menjauh dariku,
sehingga aku binasa kerana rindu kepadamu”. Yusuf diam tanpa jawapan. Isteri
al-Aziz mendekatinya lagi seraya berkata, “Aduhai, Yusuf,betapa indahnya
rambutmu!”
Yusuf menjawab, “Inilah sesuatu yang
pertama kali akan berhamburan dari tubuhku setelah aku mati”.
“Aduhai, Yusuf, betapa indahnya kedua
matamu!” Bujuk isteri al-Azizlagi.
“Keduanya ini adalah benda yang pertama
kali akan lepas dari kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!”
Isteri al-Aziz berkata lagi, “Betapa
tampannya wajahmu, hai, Yusuf”.
“Tanah kelak akan melumatnya,” Jawab
Yusuf.
Kemudian Zulaiha berkata kepadanya,
“Telah terbuka tubuhku kerana ketampanan wajahmu”.
“Syaitan menolongmu untuk berbuat hal
itu!” Kata Yusuf.
“Yusuf! Bagaimanapun aku harus
mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya”.
Kata Zulaiha.
Yusuf menjawab: “Ke manakah aku akan
lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya?”
Nabi
Yusuf kemudiannya mula menjauh dan melarikan diri dari Isteri Al-Aziz.Zulaikha
mengejar dan sempat tangannya mencapai pakaian Yusuf dari arah belakang.Lalu
terkoyaklah bajunya(Yusuf).
Zulaikha
merasa takut lalu melaporkan hal tersebut kepada suaminya dengan menfitnah
mengatakan bahawa dia di nodai Yusof.Tetapi,Al-Aziz tidak mempercayainya kerana
sifat jujur Yusuf dan juga bukti yang nyata iaitu baju Yusuf terkoyak di
bahagian belakang.
Berita itu tersebar dengan cepat sekali
di mesir.Zulaikha merasa malu dan kemudiannya menemui penyelesaian.Dia
menjemput para wanita menghadiri suatu majlis di rumahnya.Di atas meja majlis
tersebut terdapat buah-buahan dan juga pisau.Tika mereka berborak-borak sambil
di tangan mengupas buah,lalu Zulaikha memanggil Yusuf.Yusuf pun
keluar.Tiba-tiba,semua mata terpaling pada raut wajah yang sangat tampan itu
tanpa sedar arah hangat mengalir dari jari-jemari mereka kerana terpukau dengan
raut wajahnya.Yusuf dapat mengagak niat jahat ibu angkatnya lalu bermohon pada
ALLAH.Sambil berlindung kepada Allah,
Yusuf berkata,
“Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada
memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Allah hindarkan aku dari tipu
daya mereka, tentulah aku tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk
orang yang jahil”.
Allah
meneguhkan hamba-hamba-Nya yang mukmin serta berlindung dan berpegang dengan
kebenaran yang diperintahkan oleh-Nya …” Maka, Tuhan memperkenankan doa Yusuf,
dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang
Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui”.
Setelah
beberapa lama di Yusuf di penjara,Zulaikha mula menyesal atas
perbuatannya.Wanita itu bertanyakepada dirinya sendiri: “Salahkah aku tatkala
menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku
melihat Yusuf… “Sekali lagi ia berfikir dalam kegelisahannya: “Tetapi, apakah
aku bersalah dalam urusan itu?”
Ia
menyanggah dirinyasendiri untuk lepas dari azab, seperti seorang dermawan yang
haus,tetapi tidak sanggup menjangkau air yang dipikul di bahunya sendiri.Hari
demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahunberjalan tanpa sunyi dari
cerita isteri al-Aziz dengan Yusuf.
Tiba-tiba
dengan izin ALLAH , datanglah utusan raja, memerintahkan Al-Aziz untuk datang
ke istana. Isteri al-Aziz sangat hairan, sebab hal itu belum terjadisebelumnya.
Ia bertanya kepada suaminya apa kira-kira yangmenyebabkan sang raja
memanggilnya ke istana.
Al-Aziz menjawab, “Mungkin ada urusan
yang berhubungan dengan Yusuf.”
Mendengar nama Yusuf disebut lagi,
lenyaplah segala dugaan.Tetapi, benarkah raja hanya berkehendak untuk
berbicaradengannya tentang Yusuf?
Dengan
penuh pertanyaan di benaknya, pergilah isteri al-Azizmenuju istana raja. Di
sana didapatinya wanita-wanita yang telahmemotong tangannya beberapa waktu yang
lalu, semuanya menghadapRaja Mesir. Sementara itu, sang raja memandangi wajah
parawanita itu satu persatu, kemudian mengajukan pertanyaan singkatkepada
wanita-wanita itu: “Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk
menundukkan dirinya (kepadamu)?”
Mereka menjawab serentak: “Kami tiada
mendapati suatu keburukan padanya (Yusuf)”.
Tiba-tiba,
tanpa diminta oleh Raja, isteri al-Azizberbicara. Ia merasa telah tiba saatnya
untuk berbicara terus terangperihal itu, agarhilang semua beban dosa kerana
tindakan aniayanya terhadapYusuf. Di hadapan Raja, wanita-wanita kota, dan
seluruh yang hadir disitu, ia menerangkan:
“Sekarang jelaslah kebenaran itu.
Akulahyang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dansesungguhnya
dia termasuk orang-orang yang benar”.(Yusuf berkata), “Yang demikian itu agar
dia (al-Aziz)mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya
dibelakangnya, dan bahawasanya Allah tidak merelai tipudayaorang-orang yang
berkhianat. Dan aku tidak membebaskan diriku (darikesalahan), kerana
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepadakejahatan, kecuali nafsu yang
diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha
Penyayang”.
Terjadi
perbezaan pendapat tentang kehidupan perempuan ituselanjutnya. Sebahagian orang
berpendapat bahawa sejak itu isterial-Aziz hidup bersama kesedihan dan putus asa
kerana ingatannyakepada Yusuf. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa
isterial-Aziz itu akhirnya pindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiadakhabar
beritanya sama sekali. Yang jelas, kehidupan wanita itumenjadi terganggu,
kerana cinta kepada Yusuf.Namun ada yang mengisahkan setelah peristiwa itu
Zulaihabertaubat kepada Allah SWT. Ketika Yusuf diutus menjadi Rasul danmenjadi
penguasa menggantikan Al-Aziz, Nabi Yusuf berjumpadengan Zulaiha yang ketika
itu keadaannya sudah tua. Akhirnya Allahmenjadikan Zulaiha muda remaja dan
berkahwin dengan Nabi Yusuf.Maka jadilah Zulaiha sebagai seorang wanita yang
solehah yangsentiasa beramal kepada Allah SWT.
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw
Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw
Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Bermaksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya
aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan
semuanya sujud kepadaku…”
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya
aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan
semuanya sujud kepadaku…”
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”
Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan
supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”
Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan
supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
(Kisah Zullaikha ini dapat di baca dalam
Al-Qur’an surah Yusuf ayat 21-53)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar